Assalammualaikum...
Lama dah duk dengar dan baca kisah-kisah kejayaan, suka duka, pahit manis para usahawan dan penternak-penternak kambing di Malaysia... Akhirnya, tanggal 25 Januari 2015, secara rasminya aku bergelar penternak kambing.
Aku namakan projek perintis sebab baru nak belajar dan nak cuba bela dalam skala yang kecik dulu. Sebelum ni setakat bela ayam, itik, burung tu dah biasa la. Ini kira langkah pertama aku untuk lebih memahami dan mencuba bidang ternakan kambing...haha
Projek Perintis Kambing ni aku mula dengan jumlah ternakan yg sikit jer...antara yg aku mula beli:-
1. Baka Jantan Boer Cross (2 ekor - Drogba & Balotelli)
2. Baka Ibu Betina Boer Cross (3 ekor - Mona, Rossa (bunting) & Suri (bunting))
3. Baka Ibu Betima Kampung Cross (2 ekor - Kekwa (bunting) & Melat (bunting))
4. Anak betina Boer Cross (1 ekor - Bella (anak Mona))
5. Anak betina Anglo Nubian Cross (1 ekor - Nobi)
Jadi semuanya berjumlah 9 ekor...
So, ini page introduction untuk blog Projek Perintis Kambing ni... Lepas ni aku update on kos dan lawatan sambil belajar ke kandang otai kambing.
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment