Sunday, 22 February 2015

Semangat Orang Baru

Semua penternak senior mahupun yg baru...semuanya telah melalui fasa "Semangat Penternak Baru" yang membuak-buak. Kalau boleh semua jenis baka nak bela, Semua jenis bidang nak ceburi, (pedaging, pembiak, susu), Semua baka ori atau fullblood nak beli...pantang ada org nak jual kambing, semuanya disapu bersih.....tengah semangat la katakan

Aku kalau x sebab budget ciput, mampus aku dah borong segala jenis kambing bagi menambah stok mula projek aku. Nasib baik la...itupun setakat mampu, kadang2 aku ikat perut jugak nak beli satu dua baka tambahan. Utk rekod, baka pemula aku berjumlah 9 ekor - 2 boer jantan, 3 boer betina, 2 boer kampung cross, dan 2 anak kecil baka boer dan anglo nubian (dua2 betina).

Konsep yg aku nak guna adalah semi intensif... 2 hari meragut, 5 hari dlm kandang. (semi intensif cara aku sendiri yg masih bekerja) . Waktu meragut aku akan lepaskan dlm dusun yg aku pajak. 5 hari dlm kandang, aku selang selikan silaj jagung, daun sawit / pokok petai belalang dan dedak. Kalau dpt buat jadual pun bagus jugak ni. baru komited nak cari daun utk kambing2 aku.. 

Isnin: Dedak (6 kilo)  + Silaj Jagung (10 kilo)
Selasa: Dedak (6 kilo) + Daun Kampung (10 kilo)
Rabu: Dedak (6 kilo) + Silaj Jagung (10 kilo)
Khamis: Dedak (6 kilo) + Daun Kampung (10 kilo)
Jumaat: Dedak (6 kilo) + Silaj Jagung (10 kilo)
Sabtu : Meragut + silaj
Ahad : Meragut + dedak + Vitamin 

So, kalau ikut jadual ni, aku kena pi cari daun kampung 2 kali seminggu. Mengikut formula yg Haji Idrus bagi, sehari kambing kena makan 8-10% dari berat badan dia. So jumlah kambing aku tu lebih kurang 200 kilo, maka sehari dlm 15-20 kilo makanan. 2 kali seminggu kena cari daun seberat 10 kilo..fuh gilor ko apo ni? boleh ke cari sampai banyak tu

In term of dedak pulak, seminggu lebih kurang 30 kilo dedak. Aku guna dedak 108 (rm38/50 kilo) campur dedak soya hitam (rm46 / 50 kilo). So kos utk sebulan lebih kurang RM120 sebulan (utk 3 beg dedak bersamaan 150 kilo)

Kos silaj pulak RM0.30 sekilo. Seminggu aku guna dlm 50-60 kilo silaj, bersamaan RM18 seminggu, ataupun RM72 sebulan.

Kos penyelenggaraan kambing aku = RM182 sebulan (utk 9 ekor) Jatuh seekor lebih kurang RM20 sebulan.

Itu belum kira beli vitamin + garam + bil air api dll. Tolak pi tolak mai dlm RM200 lebih sebulan. Acceptable for now, since aku x benchmark dgn penternak lain lagi. Nanti kena review lagi samada boleh kurangkan kos, but maintain high productive kambing..

Moga-moga pelaburan RM200 sebulan utk projek kambing ni diredhai Allah dan diberi rezeki yg melimpah ruah dan kejayaan yg berganda buat kami khususnya, dan semua penternak lain amnya.

Kursus Berkaitan Ternakan Kambing

KURSUS TEKNIK PEMEROSESAN SILAJ (JPV & PVD KUALA KANGSAR)- 11 March 2015

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (JPV & PVD LMS TAIPING) - 13 May 2015

Pengurusan Ternakan Kambing (Tahap 2) - Ladang Infoternak - 03 – 07.08.2015


List diatas antara kursus-kursus mahupun training yang menarik minat aku utk daftarkan diri bagi menambah ilmu berkaitan ternakan kambing. Tak tahulah dapat ke idak nak pi kursus tu, takut x boleh nak amik cuti.

Untuk para penternak yg lain, bolehlah lawat laman web Jabatan Veterinar Negeri Perak untuk maklumat lanjut...banyak lagi kursus yg disediakan. Yang aku tulis ni yg aku minat jer. Kursus Lembu Pedaging ada, Kursus Ternakan Kambing, Kursus Penternakan Puyuh, Kursus Bioteknologi Efektif Microorganisma (EM), dan lain-lain lg. Semuanya untuk tahun 2015.

Saturday, 21 February 2015

Terma antara Fullblood,PureBlood dan Kacukan

Full-Blood :
Merujuk kepada haiwan yang 100% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain. Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf. Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar ‘full-blood’.

Pure-Bred :
Merujuk kepada haiwan yang mempunyai lebih 85% darah dari baka tulen. Masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri fizikal dari baka tulen. Amat sukar untuk membezakan antara baka ‘fullblood’ dan ‘pure-bred’ tetapi ciri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk dan telinga boleh digunakan untuk membezakannya .

Kacukan :
Merujuk kedua-dua ciri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada anak yang lahir.

Maklumat lanjut tentang pendaharan boer adalah seperti berikut :-

F1 mengandungi 50% pendarahan boer
F2 mengandungi 75% pendarahan boer
F3 mengandungi 87.5% pendaharan boer

F4 mengandungi 93.75% pendarahan boer

source: Projek Kambing Muda (kalau x salah)

Kambing Cross atau Kambing Kacuk

Kambing Cross (Kambing Kacuk)

First time aku jumpa Haji Idrus aka Apai, Haji asyik sebut cross..kambing cross...sat-sat boer cross. Aku pun angguk macam faham.. Ingatkan ada nama khusus kambing cross... hahaha...punyalah teruk aku ni. Tu pun ada hati nak bela kambing..Takpa..nama pun baru belajar//  :-)

Jadi, apa maksud kambing cross? Kambing cross bermaksud kambing yang telah di kacukkan yakni dikahwinkan dengan bangsa lain. Contohnya : Boer dengan Jamnapari, boer dengan saanen, jamnapari dengan kambing kampung,boer dengan kambing kampung dan sebagainya. Tujuan mengkacukkan kambing adalah untuk mendapatkan baka yang lebih baik dari baka yang sebelumnya. Seperti Jamnapari dengan Boer- akan mendapat kambing yang tinggi dan mempunyai isi seperti boer dan juga mempunyai susu yang banyak seperti jamnapari.

Ada juga yang cross dengan saanen so that boleh dapat baka yg banyak susu.. Ada juga kandang yg main letak semua bangsa kambing dalam satu kandang, cross bersilang pun ada..sampai jadi badan jamnapari kepala boer susu sainen.. Ada ke kes mcm ni?

Biasanya boer cross atau jamnapari cross menjadi pilihan sebab harga yang tinggi kalau nak beli kambing boer original (full blood). Sama juga yg beli saanen atau jamnapari cross.

Sedikit ilmu untuk org yg baru belajar bela kambing mcm aku...keturunan kambing tu ditentukan oleh induk jantan. Kalau nak dpt baka kampung yg lebih kepada boer, maka kahwinkan jantan boer dgn betina kampung. Kalau nak baka kita ada badan mcm jamnapari, maka kahwinkan jantan jamnapari dgn induk lain (kampung, boer atau saanen)
Kalau nak baka yg banyak susu (Saanen Atau Anglo Nubian), maka kahwinkan jantan saanen dengan mana-mana baka yg lain..

Ilmu ni aku belajar dari Haji Idrus aka Apai dan dari Naim (Al-Murshid Agro).

Friday, 20 February 2015

Salam semua...

Macam yg aku update dlm first posting, projek kambing ni aku mula bertujuan untuk lebih memahami, menyelami dan menyelami sejauh mana aku dan abang aku dapat ceburkan diri dalam bidang yg sama sekali baru bagi kami.

Untuk pengetahuan, aku decide untuk cuba bela kambing selepas abang aku setuju untuk sama-sama jaga dan ternak... Ye la kami dua-dua masih bekerja sepenuh masa. Aku kerja kilang, abang aku kerja bank.. tapi dua-dua minat nak cuba satu perniagaan yg satu ketika dulu menjadi kerjaya Rasulullah SAW; gembala kambing.

Dekat kampung aku di Bukit Keteri Perlis ni ramai dah yang bela kambing. Jadi mudah lah untuk aku belajar dan tanya orang-orang lama yg berkecimpung dlm dunia penternakan ni. Aku memang ada plan nak jadikan ternakan kambing sebagai kerja aku waktu pencen nanti. Jadi aku ingat lebih baik aku ceburkan diri secara semi-intensif bermula dari sekarang..waktu aku muda dan ada ramai rujukan; nanti dah nak pencen baru nak belajar pegang kambing apa cerite?? haha..betul jugak. Tambah pulak, bila pencen nanti, hampir pasti aku bersara kat negeri orang..nak belajar dengan sapa selok belok kambing ni.

Lagi satu sebab aku dan abang setuju mula projek ni adalah sebagai satu punca pendapatan sampingan untuk abang aku...Dia pun dah boring giler keje bank tu. Mana tau rezeki Allah, dengan usaha kami ni akan membuka peluang rezeki baru yang melimpah untuk abang aku sekeluarga.. Amin Ya Allah..

OK.. sebenarnya nak post pasal kos permulaan dan design kandang kambing aku. Dah melalut cerita lain la pula.

Nanti sambung on other posting la.. In the mean time, enjoy this photos of our projek kambing perintis..
"Drogba": Induk Boer Jantan

Abang Aku: Dengan rajinnya memberi makan

Siap letak projek info sebagai rujukan dan semangat 

Gambar Kandang Kambing (size sekangkang kera jer... 14ft x 12ft)

saiz kandang vs jumlah kambing

Kandang kambing terbabit berukuran 100 kaki persegi x 30 kaki persegi, mampu menempatkan sehingga 300 ekor kambing pada satu masa.

Tuesday, 3 February 2015

Bermulanya episod ternak kambing

Assalammualaikum...

Lama dah duk dengar dan baca kisah-kisah kejayaan, suka duka, pahit manis para usahawan dan penternak-penternak kambing di Malaysia... Akhirnya, tanggal 25 Januari 2015, secara rasminya aku bergelar penternak kambing.

Aku namakan projek perintis sebab baru nak belajar dan nak cuba bela dalam skala yang kecik dulu. Sebelum ni setakat bela ayam, itik, burung tu dah biasa la. Ini kira langkah pertama aku untuk lebih memahami dan mencuba bidang ternakan kambing...haha

Projek Perintis Kambing ni aku mula dengan jumlah ternakan yg sikit jer...antara yg aku mula beli:-
1. Baka Jantan Boer Cross (2 ekor - Drogba & Balotelli)
2. Baka Ibu Betina Boer Cross (3 ekor - Mona, Rossa (bunting) & Suri (bunting))
3. Baka Ibu Betima Kampung Cross (2 ekor - Kekwa (bunting) & Melat (bunting))
4. Anak betina Boer Cross (1 ekor - Bella (anak Mona))
5. Anak betina Anglo Nubian Cross (1 ekor - Nobi)

Jadi semuanya berjumlah 9 ekor...

So, ini page introduction untuk blog Projek Perintis Kambing ni... Lepas ni aku update on kos dan lawatan sambil belajar ke kandang otai kambing.

Terima kasih...